28 August 2006

Sireh



Nama Tempatan:
Sirih
Nama Saintifik:
Piper betle L.
Nama Lain:
sirih jawa, betel leaf
Famili:
PIPERACEAE
Lokasi dijumpai:
Tumbuhan laman
Asal:
keterangan:
Sirih adalah tumbuhan yang mempunyai nilai yang tinggi dalam masyarakat melayu dan juga masysrakat india. Ia merupakan sejenis tumbuhan memanjat (boleh mencapai ketinggian 10-15 kaki) yang boleh membiak melalui keratan batang dan anak yang akan tumbuh dari batangnya yang merayap di tanah.Sirih selalunya dikaitkan dengan semangat pada zaman kepahlawan melayu. Sehelai sirih bertemu urat yang dimakan bersama pinang, kapur dan gambir dikatakan dapat menaikkan semangat pahlawan yang bakal berjuang.

Dalam upacara pertunangan dan perkahwinan pula, sirih junjung dijadikan kepala hantaran dan merupakan bahan wajib bagi masyarakat melayu. Dalam perubatan tradisional pula sirih banyak digunakan khususnya untuk penyakit yang dikatakan berpunca dari gangguan makhluk halus.Sirih juga dijadikan sejenis snek oleh orang-orang tua melayu dan india. sehelai daun sirih yang telah di bersihkan dicalit dengan sedikit kapur. Pinang yang telah diricih halus atau dipotong kecil diletakkan diatas daun bersama dengan gambir. Daun sirih kemudiannya digunakan untuk membungkus bahan ini sebelum dikunyah.

kegunaan:
Dalam perubatan melayu, sirih yang terbukti secara saintifik mengandungi minyak sari(kadinen,kavikol,sineol,eugenol,karvakol) ini digunakan untuk mengubat penyakit-penyakit seperti keputihan, nafas berbau ,badan berbau, batuk, radang selaput lendir mata, trauchoma, jantung berdebar-debar, kemurungan, demam selepas bersalin, air susu terlampau banyak dan sariawan.Disertakan disini beberapa langkah untuk menggunakan daun sirih sebagai penawar.Untuk penyakit keputihan beberapa helai daun sirih yang telah dibersihkan di rebus dalam air hingga mendidih dan airnya dibiarkan suam. Air ini digunakan untuk mencuci vagina terutamanya setiap kali selepas kencing.

Untuk Nafas bebau pula ada dua cara, satu cara dengan mengunyah daun sirih yang telah dibersihkan hingga lumat dan biarkan berada dalam mulut seketika sebelum diluahkan. Satu cara lagi ialah dengan merebus beberapa helai daun sirih hingga mendidih, setelah itu disejukkan dan ditapis, gunakan untuk berkumur dua kali sehari,pagi dan malam. Untuk gusi bengkak pula 5-6 helai daun sirih direbus dengan 3 gelas air hingga mendidih, setelah itu masukkan sedikit garam.Biarkan hingga suam dan gunakan untuk berkumur dua hingga tiga kali sehari.Untuk menghilangkan bau badan, 2 hingga 3 helai daun sirih direbus dengan 1/2 gelas air hingga mendidih, angkat daunnya dan masukkan gula batu sebelum diminum.Jika tidak mahu minum airnya kaedah lain ialah dengan mengambil sehelai daun sirih dan di calit sedikit kapur sirih. Ramas daunnya dan sapukan pada ketiak.

Lidah Buaya



Nama Tempatan:
Lidah buaya
Nama Saintifik:
Aloe Vera linn.
Nama Lain:
jadam(melayu), crocodile tounge(english), salvia(sepanyol) dan lu hui (cina)
Famili:
Liliaceae
Lokasi dijumpai:
Seluruh dunia
Asal:
keterangan:
Aloe vera atau lidah buaya atau nama saintifiknya Aloe Vera Linn dikenali juga dengan nama lily of the desert,plant of immortality dan tumbuhan berubat. nama aloe berasal dari perkataan arab (alloeh) yang bermaksud pahit. pada tahun 1500 sebelum masehi, orang-orang mesir telah mula menggunakan aloe vera untuk mengubat kelecuran akibat terbakar, jangkitan kuman dan serangan parasit. Aloe vera mudah ditemui di seluruh dunia dan pada semua iklim. terdapat lebih dari 500 jenis aloe vera.

Aloe vera mengandungi 96% kandungan air dan selebihnya adalah minyak pati, asid amino, mineral, vitamin, enzim dan glikoprotein.Aloe vera banyak ditanam kini sebagai tumbuhan hiasan didalam pasu.daunnya tajam dan berbentuk taji dengan duri disekeliling daunnya. panjang daunnya boleh mencapai antara 15-20 cm panjang.Aloe vera juga mempunyai bunga yang berwarna kuning kemerahan. Tumbuhan ini dikatakan berasal dari Afrika utara.Aloe vera membiak dengan cara pembahagian anak.Nama lain bagi aloe vera ialah: jadam(melayu), crocodile tounge(english), salvia(sepanyol) dan lu hui (cina)

kegunaan:
Pengamal perubatan moden mula menggunakan aloe vera semenjak tahun 1930 an.Bahagian yang digunakan adalah daunnya. ia banyak digunakan untuk mengubat colitis dan ulcer peptic.ia juga digunakan sebagai makanan tambahan yang boleh membantu penghadaman, melancarkan perjalanan darah, juga untuk meningkatkan kecekapan buah pinggang, pundi kencing dan hati.Ia juga mengandungi sekurang-kurangnya 3 asid lemak yang berguna untuk perut, usus kecil dan usus besar. sifatnya yang beralkali juga dapat membantu mengurangkan masalah asid berlebihan dalam badan yang juga merupakan punca utama masalah sukar menghadamkan makanan.Ia boleh menolong melancarkan dan membersihkan salur makanan(salur penghadaman).

Satu bahan yang baru ditemui dalam aloe vera ialah acemannan dan ia sedang dikaji kerana potensinya yang dipercayai dapat menguatkan ketahanan semulajadi badan.bahan ini dapat menjanakan pengeluaran T-limfosit yang membantu sistem pertahanan badan.Untuk kegunaan dirumah pula, gel yang diekstrak dari daun lidah buaya boleh gunakan jika bahagian badan melecur, melepuh atau bangkat. ia boleh digunakan ketika demam untuk menurunkan suhu badan dengan cara menyapu gelnya pada kepala , dahi dan pelipis.

Lidah buaya juga membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka.Ia juga mengurangkan gatal-gatal akibat dari gigitan serangga.Untuk penggunakan kecantikan gel dari daunnya boleh membantu mencegah jerawat dan menegangkan kulit muka, ia juga menambahkan kelembapan pada muka, merawat sunburn dan masalah kerengsaan kulit.Ia juga digunakan untuk melebat dan menyuburkan rambut ia boleh digunakan secara terus. untuk membuat jusnya, kupas bahagian luar daun dan blend hingga hancur, campurkan sedikit air.


Nama Tempatan:
Sambung Nyawa
Nama Saintifik:
Gynura procumbens
Nama Lain:
Dawn Dewa, Leaves of the Gods, Googoolipid, Mollucan spinach,Sambung nyawa, Daun Dewa, am Akar, Akar sebiak, and Kelemai merah, bai bing cao
Famili:
Asteraceae
Lokasi dijumpai:
Asal:
keterangan:
Sambung nyawa adalah jenis tumbuhan tahunan yang banyak digunakan dalam perubatan dinegaranegara asia tenggara seperti Malaysia , Indonesia dan Thailand. Ia mudah membiak melalui keratan batang dan mudah tumbuh di kawasan yang agak redup dan mempunyai kelembapan yang sedernana.
kegunaan:
Mengurangkan kadar kolestrol dan menurunkan tekanan darah tinggi.Di Malaysia ia juga digunakan untuk merawat sembelit,kencing manis dan kanser.Ia juga digunakan untuk merawat masalah buah pinggang.